RSS Feed

Sunday, February 21, 2010

Injury.......

Salam g'z3r0 untuk korg2 yg selalu mngikuti blog nie....
Kali ni aku dpt idea nk cerita pasal tajuk aku letak kt tu...
Injury = kecederaan.... haa satu lagi benda penting yang kita slalu kena jaga klu nk patikan kita sentiasa dapat bermain dalam keadaan cerdas 100%....
Byk kecederaan yg blh terjadi xkire dlm apae pun sport..
Dlm permainan futsal biasa nya kecederaan kurang serius krn dalam game ni, law nye lebih ketat.
Klu korg ada baca pasal law dlm game ni korg akan faham.
Dalam permainan seperti bolasepak, tackle @ terjahan adalah perkara biasa, so kemungkinan utk mengalami kecederaan serius adalah tinggi, dlm futsal tiada istilah tackle @ sliding nie.. sbb mmg berbahaya & serta bkn shj mendatangkan kecederaan pd lawan tp juga pd si penekle (org yg tackle) tu.. kapet @ lantai utk ftsal ni biasa nya dr getah atau simen... so korg paham2 la erk ?? huhuhu...
Sbb dlm futsal skil amat penting, kawalan bola yg baik serta kepantasan satu2 gerakan biasa nya jadi igauan lawan.. ermmm renung2 kan lah k ??
Sebenarnya idea ni aku dapat lepas aku cedera ni haa... buku lali aku bengkak nie... seminggu xley turun men bola... ermmm ... kn padan muka aku... hahaha
salam


@riel

buat pengetahuan sesape yang selalu mengikuti blog ni...GROUND ZERO tidak dapat beraksi buat sementara waktu atas sebab2 yang x dapat dielakkan..berkemungkinan GROUND ZERO akan memperkenalkan player2 baru(bubar)...

Sunday, February 7, 2010

Masalah teknikal........






Salam.......
Kt sini aku nk mula dengan cerita yg kurang bes.. sbb team kita org ada masalh sikit.. Beberapa pemain utama dh mula bawak diri masing2 (study & bekerja) di luar daerah... so yg kekal xdapat nk terus kan siri kejohanan & game2 yg diaturkan...
Walau bagaimanapun ada jugak game2 yg kitaorg main.. tp melibatkan pemain2 luar. pasukan2 lain menggunakan khidmat beberapa pemain gz3r0 utk pasukan mereka..
Kt sini aku selitkan beberapa pic perlawanan2 tersebut...
Pepun aku rindu aksi2 dari gz3r0 yg sebenar....
ermmmmm _________ :(

Saturday, January 9, 2010

++++ campuran ++++ g'z3r0 fc ++++


Satu lagi prlawanan yg menyebelahi kami... kali nie menang 5-0.... main 7-3....

Wednesday, January 6, 2010

Pembuka Tirai 2010.......


Perlawan ni kitaorg menang bergaya.... hahaha
Cuma mutu pic nie xcantik r.... yg catch pic ni cam kurang garam lagi...
pepun aku ltak gak sebagai prasejarah G'z3r0....
05/01/2010 G'zero vs AADK Phg (5-0)

Tuesday, January 5, 2010

JERSI PASUKAN......


Kepada semua ahli kelab G'z3r0... minta anda lihat... pepehal sms aku... (@'ril)

Thursday, December 31, 2009

Tuesday, December 29, 2009

Futsal In Law... ahak !!

Assalamualaikum & salam sejahtera semua peminat2 futsal juga yg xminat tp dah tersasar ke page kami nie... kt sni aku bg sikit info pasal "law" utk prmainan yg semakin popular kt negara kita skang nie... mmg kita semua dh biasa dgr pasal futsal nie.. tp undang2 dlm game nie xrmai yg tau... Semua peraturan nie xdelah tepat sgt... tp dlm futsal klu bermain mengikut peraturan yg betul, nikmatnya lebih & korg akan akan tahu betapa stamina, kelajuan & skil sgt diperlukan dlm sukan nie... masa sgt pantas dlm futsal....
korg baca dan fahami k ?? klu xfaham gak... ko try la komen, klu rajin aku jwb, klu aku xtahu nk jawab, ko jawab la sendiri k ?? =))


PERATURAN PERMAINAN
Berdasarkan Peraturan Sukan Futsal FIFA ("FIFA Laws
of the Game of Futsal)

KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK SOPAN
1. Seseorang Pemain yang sengaja melakukan salah satu dari sebelas kesalahankesalahan
berikut:

a) Menendang atau cuba menendang Pemain lawan.
b) Membentes Pemain lawan dengan menjatuhkan atau cuba menjatuhkannya
dengan menggunakan kaki atau tangan dengan membongkok di hadapan atau
di belakang.
c) Melompat ke Pemain lawan.
d) Merempuh Pemain lawan dengan cara ganas atau bahaya.
e) Merempuh Pemain lawan dari belakang.
f) Memukul atau cuba memukul Pemain lawan atau meludahnya.
g) Memegang Pemain lawan.
h) Menolak Pemain lawan.
i) Merempuh Pemain dengan bahu.
j) Menggelungsur (sliding tackle) untuk memainkan bola yang sedang
dimainkan atau cuba dimainkan oleh Pemain lawan.
k) Memegang bola iaitu dengan membawa, menampar atau mengawalnya
menggunakan dengan tangan atau lengan (kecuali Penjaga Gol yang berada
di dalam kawasan penaltinya sendiri).
l) Menggunakan kata-kata kesat ke atas mana-mana
peserta/pengurus/jawatankuasa/pengadil dsb.

Untuk kesemua kesalahan diatas, hendaklah dihukum dengan sepakan percuma
terus, dibuat oleh pihak lawan dan tempat di mana kesalahan berlaku.
Kesalahan-kesalahan yang dinyatakan di atas akan diambil kira dalam kesalahan
terkumpul. Jika mana-mana dari kesalahan di atas dilakukan dalam
kawasan penalti maka satu sepakan penalti akan diberi. Sepakan penalti ini
akan diambil 6 meter dari gol.

2. Seseorang Pemain yang melakukan salah satu dari empat (4) kesalahan
berikut

a) Pada pendapat Pengadil ia bermain dengan cara bahaya contohnya
cuba menendang bola dalam pegangan Penjaga Gol.
b) Apabila tidak memainkan bola, dengan sengaja menghalang Pemain
lawan iaitu berlari antara Pemain lawan dengan bola atau
menggunakan badan untuk menghalang Pemain lawan.
c) Menghalang Penjaga Gol sehingga penjaga gol tidak boleh melepaskan
bola dari tangannya
d) Sebarang kesalahan yang tidak disebut di sini, tetapi permainan
diberhentikan oleh pengadil untuk sebarang kesalahan yang lain
ATAU apabila bermain sebagai penjaga gol:
a) Menyentuh atau mengawal bola dengan tangan setelah dengan
sengajanya bola disepak oleh rakan sepasukan kepadanya.
b) Memegang atau mengawal bola dengan tangan setelah menerimanya
terus dari sepakan ke dalam oleh rakannya.
c) Menyentuh atau mengawal bola dengan tangan atau kaki di mana-mana
bahagian gelanggang, melebihi 4 saat kecuali apabila membuat demikian
setelah merentasi kawasan lawan.
d) Dari hantaran Gol ia menerima bola dari rakannya sebelum ia
merentasi garisan tengah ATAU disentuh atau dimainkan oleh Pemain
lawan.
Hendaklah dihukum dengan memberi sepakan percuma tidak terus kepada
Pemain lawan di mana tempat kesalahan dilakukan kecuali kesalahan itu
dilakukan dalam kawasan penaltinya maka sepakan percuma tidak terus itu
akan dibuat di garisan 6 meter paling hamper dengan tempat kesalahan
dilakukan. Untuk kedua-dua sepakan percuma terus dan tidak terus pemain
yang diberi tendangan itu mesti membuat demikian dalam masa 4 saat dari
tiupan wisel pengadil.

3. Seorang Pemain diberi amaran dan dilayani kad kuning jika:

a) Semasa penggantian ia masuk ke gelanggang sebelum Pemain yang
hendak diganti sempurna keluar dari gelanggang permainan atau
pengganti masuk dan tempat yang tidak sepatutnya.
b) Sentiasa melanggar undang-undang permainan.
c) Membantah dengan perkataan atau perbuatan mengenai sebarang
keputusan Pengadil.
d) Bersalah kerana tidak bersemangat kesukanan.
e) Sentiasa melanggani undang-undang perlawanan
f) Sengaja menangguhkan permulaan permainan
g) Tidak mengundurkan diri mengikut jarak yang ditetapkan
semasa sepakan sudut, percuma, 'kick-in' atau 'goal clearance'.
Untuk mana-mana kesalahan yang dinyatakan di atas, permainan
akan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus oleh
Pemain lawan dan tempat di mana kesalahan itu dilakukan. Jika
kesalahan itu dilakukan di dalam kawasan penalti, sepakan percuma
tidak terus hendaklah diambil dan garisan 6 meter yang paling hampir
dengan tempat kesalahan berlaku.

4. Mana-mana Pemain yang didapati menyerang Pengadil atau Pemain-pemain
yang diperintah keluar padang kerana bergaduh akan digantung bermain
sepanjang tempoh pertandingan ini. Beliau akan tampil ke hadapan
Jawatankuasa Tatatertib untuk Tindakan Tatatertib yang sewajamya.
Keputusan Jawatankuasa Tatatertib bersabit dengan kesalahan ini akan
dipanjangkan kepada Persatuan Bola Sepak Negeri untuk tindakan selanjutnya
(sekiranya ada).

5. Mana-mana Pengurus atau Jurulatih atau Pemain yang melakukan kesalahan di
luar padang semasa pasukannya sedang bermain adalah dianggap sebagai
melakukannya di dalam padang.

6. Pemain yang menerima 2 kad kuning dalam perlawanan yang berlainan
akan dihukum satu (1) perlawanan. Kad kuning yang diterima akan dibawa ke
Pusingan Kedua Pemain yang menerima 1 kad merah atau 2 kad kuning dalam
satu perlawanan yang sama akan digantung 2 perlawanan. Pemain yang telah
menerima kad merah dan dibuang padang tidak boleh mengambil bahagian
lagi dalam perlawanan tersebut malah juga tidak dibenarkan berada di kawasan
permainan.

Pemain gantian dibenarkan memasuki padang untuk mengganti pemain yang
dibuang padang selepas 2 minit permainan tetapi sekiranya pasukan lawan
berjaya menjaringkan gol sebelum tamat 2 minit tersebut maka pemain
gantian itu boleh masuk menggantikan pemain yang dibuang padang.

KESALAHAN TERKUMPUL ("ACCUMULATED FOULS FIFA LAW 14")
1. Adalah kesalahan yang dinyatakan di 4.1(a)-(l) yang dihukum dengan
sepakan percuma terus.
2. 5 kesalahan terkumpul yang pertama dalam satu separuh masa akan dicatat
oleh pegawai perlawanan. Jumlah kesalahan terkumpul ini boleh dilihat pada
meja pegawai perlawanan yang diletakkan di luar kawasan masuk gelanggang
permainan. Untuk 5 kesalahan pertama ini dalam setiap separuh masa, pasukan
lawan boleh membuat dinding penghalang untuk menghalang sepakan percuma
itu.
3. Bermula dari kesalahan ke 6 dan seterusnya, setiap sepakan percuma
akan diambil dari tempat penalti yang kedua (iaitu 10m dari tiang gol) dan
sepakan percuma ini tidak boleh dihalang

BOLA DALAM & LUAR PERMAINAN
1. Bola dikira di luar kawasan permainan apabila ianya merentasi
a) Garisan gol belakang

2. Untuk memulakan perlawanan apabila bola keluar dari kawasan permainan,
prosedurnya adalah:-

a) Keluar Garisan Tepi ( 'Kick -In' )
• Bola diletakkan di atas garisan di mana bola itu
keluar.
• Bola itu ditendang masuk dari garisan tepi ke pemain
pasukannya. ("kick in")
• Sebahagian daripada kedua-dua kaki pemain berada di
atas garisan tepi ATAU atas permukaan di luar garisan
tepi pada saat menendang bola ke dalam.
• Pemain yang mengambil tendangan masuk itu mesti
membuat demikian dalam masa 4 saat.
Jaringan gol TIDAK BOLEH dibuat terus daripada sesuatu 'kickin'
b) Keluar Garisan Gol belakang ('Goal clearance')
• Penjaga Gol mestilah membaling bola menggunakan
tangannya sahaja untuk memulakan permainan.
• Penjaga Gol mestilah membaling bola tersebut dalam
masa 4 saat.
• Penjaga Gol tidak boleh menyentuh bola itu semula
sehingga bola itu telah dimainkan oleh sekurangkurangnya
dua dari pemain pasukannya ataupun
sehingga ia terkena pihak lawan.
Jaringan gol TIDAK BOLEH dibuat terus dari 'goal clearance'

CARA MENJARINGKAN GOL
• Gol boleh dijaringkan dari mana-mana kawasan di dalam gelanggang
permainan semasa permainan dijalankan.
• Gol tidak boleh dijaringkan terus dari sepakan masuk daripada garisan tepi
ataupun dari balingan terus penjaga gol.
• Penjaga Gol dibenarkan keluar dari kawasan penalti tetapi tidak boleh
menggunakan tangan apabila berada di luar kawasan penalti.


**** so pas nie... pada sapa2 yg nk brjinak sukan nie... silakan lahh...
**** Yg dah lama main tp xtau peratuaran 2... hehehe (no komen)

Postman : @ril (bro_ece@yahoo.com)